Ingin bina rumah idaman? Ingin bina rumah di atas tanah sendiri? Ingin rumah yang dibina terjamin dan memberi hasil yang memuaskan? Tak tahu nak berunding dengan siapa?

Kontraktor rumah lah jawapannya. Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan siapa itu kontraktor rumah.

Siapa kontraktor??

  1. Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.
  2. Kontraktor juga terdapat pelbagai jenis. Contohnya :
    • Kontraktor bangunan/awam dibawah seliaan CIDB.
    • Kontraktor elektrikal dibawah seliaan JBE.
    • Kontraktor paip.
    • Dan juga sistem kumbahan dibawah seliaan SPAN.
  3. Kita akan perlukan kontraktor-kontraktor ini bagi menyiapkan sesuatu kerja. Terutama sekali bagi kerja pembinaan rumah atau projek perumahan.
  4. Mengapa perlu ada kontraktor ? Kontraktor secara kebiasaan akan melakukan skop kerja yang luas dan tukang kebiasaannya adalah sebahagian pekerja bagi kontraktor.

Jadi mengapa perlukan kontraktor?

  1. Kontraktor adalah pihak berdaftar dan dikawal selia oleh badan kerajaan
  2. Kenapa tidak gunakan tukang? Tukang tidak berdaftar dan tidak dikawal selia oleh badan kerajaan. Sekiranya berlaku sesuatu insiden, kita tidak boleh menyaman atau menuntut sesuatu daripada seorang tukang.

Saya ingin membina rumah di tanah sendiri. Adakah saya memerlukan kontraktor rumah atau tukang?

  1. Guna khidmat kontraktor yang bertauliah untuk memudahkan kita dan hasil yang lebih memuaskan. Jika memilih tukang, jangan merungut jika hasilnya kurang memuaskan dari yang kita mahu. “If you pay peanuts, You get monkeys”. Anda dapat apa yang kita bayar dan jangan sesekali mengambil risiko mengajikan tukang jika budjet anda besar. 
  2. Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang. Anda sememangnya memerlukan kontraktor bertauliah bagi menjalankan kerja binaan.
  3. Sekiranya kita berbajet besar, adalah satu kerugian jika tidak mendapatkan CCC. Tetapi, sama juga seperti tukang anda yang tentukan sama ada kita memerlukan CCC atau tidak.

Kenapa memilih kontraktor itu lebih relevan?

  1. Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.
  2. Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat
  3. Boleh bekerjasama dengan pihak profesional lain. 
  4. Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak
  5. Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .
  6. Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.
  7. Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti di tapak.

Jika anda berminat untuk bina atau miliki rumah idaman anda, ingin bina rumah atas tanas sendiri boleh lah hubungi pihak kami.

Antara perkhidmatan kami sediakan:
1.Bina rumah atas tanah sendiri
2.Penasihat Hartanah (Land/Building)
3.Pengubahsuaian dan Reka Bentuk dalaman kediaman, pejabat dan bangunan.
4. Drafting Services (House/Building)
 
[:HUBUNGI:]
017-966 9884 (Zuriana)

Leave a comment

Translate ยป