Nak bina rumah tapi  tak tahu cara kira kelayakan pinjaman perumahan swasta mengikut gaji. Macam manaaaaa eh? Di entri kali ni admin nak share lah sikit macam mana nak kira yaaa teman2.
Pada era kini boleh dikatan majoriti rakyat di Malaysia bekerja di sektor swasta. Pelbagai jenis pekerjaan di sektor dan gaji yang lumayan dan ada yang hanya mendapat basic dan komisyen.

Rekod CCRIS

Okay kita bermula disini! Untuk pekerja swasta yang sangat penting adalah laporan CCRIS atau nama panjangnya Central Credit Reference Information System.

CCRIS ni kena pergi print out di BANK NEGARA. Ada jer online CCRIS tapi tetap kena daftar di bank negara untuk first time nak guna.

Contoh seperti gambar di atas ni. Rekod pinjaman yang lain bersih tiada tunggakan. Angka ” 0 ” di sebelah kanan tu menunjukkan tiada bulan tertunggak.

Tapi bahagian kotak merah tu adalah PTPTN, lihat tunggakan PTPTN adalah 81 bulan kemudian berakhir dengan 76 bulan. Boleh nampak dia sedang kurangkan tunggakan bulanan PTPTN.

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta

Okay jom kita mengira! Bila kira kelayakan pinjaman, penanda aras kemampuan anda adalah DSR (Debt Service Ratio) atau dikenali juga sebagai DBR (Debt Burden Ratio).

Katakan Maybank hanya bagi DSR 50% untuk gaji bawah RM3000. Bermakna anda hanya boleh ada komitmen setakat RM1500 sahaja kalau gaji RM3000.

Kalau gaji RM2000, komitmen maksimum setakat RM1000 je la iaitu 50% daripada gaji. Gaji ni gaji bersih ye selepas tolak KWSP dan SOCSO. Elaun tak tetap tak dikira.

Setiap bank lain-lain DSR yang mereka letakkan. Kita ambik contoh bank yang letak DSR 50%.

Gaji bersih anda adalah RM2200 bermakna komitmen adalah RM1100. Katakan anda hanya bayar personal loan RM200 sebulan.

cara kira kelayakan

Daripada formula di atas,

0.5 = (200 + rumah baru ) / 2200

Rumah Baru = ( 0.5 X 2200 ) – 200 = 900

Jadi kita dapat RM900 yang boleh untuk bulanan rumah baru. Macam mana nak tau harga rumah baru tu? Guna formula 200.

Bulanan rumah baru tu darab dengan 200.

RM900 X 200 =RM180,000.

Secara kasar harga rumah yang anda layak ialah RM180,000.

Simple kan? Sebenarnya banyak lagi yang bank akan tengok bila anda nak apply untuk pinjaman rumah. Tapi bila dah tahu secara ringkas nak kira kelayakan ianya akan memudahkan kerja anda nak survey rumah nanti.

kredit : kakiproperty.com

Leave a comment

Translate »