fbpx

Nak memiliki rumah impian dan rumah sendiri dan anda dah ada sebidang tanah? Samada membelinya, tanah pemberian keluarga atau tanah pusaka. Kemudian apa langkah seterusnya ? Bila tak tahu nak buat apa, ramai yang telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit wang simpanan dan masa.

Apa proses yang terlibat kalau nak bina rumah ya? Meh saya nak share sikit tentang cara dan bagaimana anda nak bina rumah sendiri.

FIRST AND FOREMOST!

YANG PERTAMA : Geran Tanah Dan Keadaan Tanah

Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi ( suami, isteri ). Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam.
YANG KEDUA : Lantik Kontraktor Dan Peguam
Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak pernah dan tidak tahu berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

Tapi apakah tujuan melantik kontraktor dan peguam?

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

Tugas Peguam

  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

Tugas Kontraktor

  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan

YANG KETIGA : Pelan Dan Reka Bentuk Rumah

Arkitek akan membuat pelan reka bentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes di mana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina ).

YANG KEEMPAT : Sebut Harga

Pemaju mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.

YANG KELIMA : Proses Kelulusan Pelan

Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan reka bentuk, pemohon atau peguam atau kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.
YANG KEENAM : Proses Pinjaman Dan Gadaian
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E ( surat setuju terima ) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.
YANG KETUJUH : Kerja Pembinaan Rumah Oleh Kontraktor Yang Dilantik
Pihak pemaju akan mula melaksanakan kerja – kerja pembinaan rumah mengikut tempoh dan masa yang telah dipersetujui oleh anda.
YANG KELAPAN : Serah Kunci
Rumah idaman anda siap dan sedia untuk diduduki. Namun anda harus tahu tentang grace period yang diberikan oleh pemaju sekiranya terdapat kecacatan pada rumah, hendaklah dimaklumkan kepada mereka.

Leave a comment

1
Hye!
Berminat untuk bina rumah?
Powered by