Progress banglo satu tingkat di Alor Serdang, Kemasik Kemaman, Terengganu.

1. Adakah jual beli tanah lot menguntungkan bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah?

Jual beli tanah lot boleh menjadi satu pelaburan hartanah yang menguntungkan sekiranya ia mematuhi beberapa pra-syarat yang ditetapkan.

Pertama, tanah lot itu sendiri mestilah bebas daripada sebarang bebanan (free from all encumbrances), misalnya tanah lot tersebut telah mempunyai geran individu yang berasingan serta berstatus bangunan dan boleh dipindah milikkan kepada pembeli.

Kedua, transaksi jual beli tanah lot tersebut mestilah mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sebenar.

Contohnya, transaksi jual beli tanah lot tersebut hendaklah diuruskan oleh peguam dan mengguna pakai satu perjanjian jual beli secara bertulis yang memasukkan terma-terma yang melindungi hak dan kepentingan pembeli, dan urusan pindahmilik daripada penjual kepada pembeli hendaklah didaftarkan di pejabat tanah yang berkenaan.

Ketiga, tanah lot tersebut mestilah boleh digunakan untuk didirikan rumah diatasnya.

Tanah lot tersebut termasuk dalam zoning perumahan, atau keluasan tanah lot itu sesuai dari segi saiznya atau bentuknya untuk didirikan rumah yang selesa di atasnya.

Progress banglo satu tingkat di Alor Serdang, Kemasik Kemaman, Terengganu.

2. Bagaimana, untuk pembeli, memastikan tanah lot yang dibeli benar-benar wujud dan bukan menjadi mangsa penipuan?

Mudah sahaja sebenarnya. Untuk memastikan sesuatu tanah lot yang ingin dibeli itu memang benar-benar wujud, pembeli hendaklah meminta daripada penjual salinan hakmilik (geran) individu yang berasingan untuk tanah lot tersebut.

Pembeli jangan mudah terpedaya apabila dibawa oleh penjual atau wakilnya untuk melawat tapak (site visit) tanah lot yang dikatakan ingin dijual itu. Belum tentu tapak yang cantik dan terang atau lokasinya yang strategik memberi indikasi yang hakmilik individu yang berasingan terhadap tanah lot tersebut telah wujud.

Sebab itu sebagaimana yang saya nyatakan tadi, perkara pertama sekali yang anda kena dapatkan daripada penjual sebelum buat keputusan untuk beli tanah lot adalah salinan geran individu yang berasingan.

Sekiranya pembeli telah memperolehi salinan geran tanah lot tersebut daripada penjual, lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah dimana tanah lot tadi terletak. Daripada carian itu, pembeli dapat mengetahui segala maklumat berkaitan dengan tanah lot tersebut.

Adalah disarankan juga, agar pembeli dapat membuat semakan di
pejabat tanah tentang lokasi dan kedudukan sebenar tanah lot tersebut, adakah lokasi dan kedudukannya betul dan sama sebagaimana anda telah dibawa melawat tapak sebelum ini.

3. Apakah cara paling berkesan dan persediaan untuk menceburi diri dalam jual beli tanah lot?

Anda digalakkan anda merujuk kepada peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah lot sebelum anda membelinya.

Lantiklah peguam anda sendiri yang boleh melindungi hak dan kepentingan anda dalam urusan jual beli tersebut. Jangan hanya bergantung kepada peguam yang disediakan oleh penjual kerana peguam yang dilantik oleh penjual tadi belum tentu dapat melindungi hak dan kepentingan anda sepenuhnya.

4. Seperti yang kita tahu, banyak tanah lot yang dijual di bawah status geran bersama, apa pandangan tuan?

Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, adalah berisiko membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan atau tanah lot tadi masih di bawah geran bersama dan berstatus pertanian.

Ini kerana sekiranya tanah lot tersebut masih di bawah geran bersama, besar kemungkinan ianya tidak boleh dipindah milikkan kepada nama
anda akibat kekangan dari segi perundangan.

Kalaupun ianya boleh dipindah milik kepada nama anda , hak dan
kepentingan anda terhadap tanah lot tersebut tidak dilindungi sepenuhnya. Dan anda terpaksa berkongsi hak dan kepentingan dengan pembeli-pembeli yang lain di atas tanah tersebut.

Untuk makluman, di bawah Kanun Tanah Negara, pemilik bersama terhadap sesuatu hartanah mempunyai hak dan kepentingan yang sama terhadap semua bahagian di atas tanah tersebut.

 Sebagai contoh, sekiranya salah seorang pembeli tadi meninggal dunia, waris-waris mereka berhak menuntut lot anda tadi sebagai tanah pusaka.

Selain daripada itu, sekiranya anda beli tanah lot yang berkongsi geran dan belum ada geran individu yang berasingan, dari segi perundangan anda tidak boleh mendirikan rumah di atas tapak lot anda tersebut.

Ini kerana dari segi perundangan, untuk 1 ekar tanah yang berstatus pertanian, hanya sebuah rumah kediaman sahaja yang boleh didirikan di atasnya.

5. Apakah selalunya permasalahan yang dihadapi oleh pembeli dalam jual beli tanah lot?

Di antara masalah yang biasa berlaku dalam urusan jual beli tanah lot ini adalah seperti:

  • tanah lot yang dibeli tidak wujud
  • tiada geran individu yang berasingan
  • penjual gagal memindah milikkan tanah lot kepada pembeli walaupun pembeli telah membuat bayaran sepenuhnya harga jual beli
  • jual beli tanah lot tidak dibuat mengikut prosedur perundangan yang sebenar dan tidak diuruskan oleh peguam hartanah yang berpengalaman
  • tanah lot yang dibeli tidak boleh dipecah lot akibat masalah perundangan
  • tanah lot yang dibeli tidak sesuai untuk didirikan rumah di atasnya di mana ianya tidak termasuk dalam zoning perumahan atau saiz dan bentuknya tidak sesuai untuk didirikan rumah yang dikehendaki
  • penjualan tanah lot yang berlapis dimana satu lot tanah dijual kepadalebih daripada seorang pembeli
  • dan pelbagai lagi masalah lain yang kalau saya hendak cerita disini akan mengambil masa berhari-hari lamanya.

6. Apakah cara terbaik untuk menangani masalah ditipu penjual tanah lot?

Pertama, anda kena semak dulu status hak milik dan pemilikan tanah lot yang dijual tersebut, sama ada ianya telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan serta dimiliki oleh tuan punya yang sah.

Kedua, anda kena faham proses dan prosedur jual beli tanah lot yang sebenar dengan bertanyakan kepada rakan-rakan atau kaum keluarga yang mempunyai pengalaman dan urusan pembelian tanah lot. Anda juga boleh
dapatkan nasihat profesional daripada mereka yang pakar dalam urusan tanah lot seperti perunding hartanah berdaftar, juruukur, penilai dan sebagainya.

Ketiga, lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman sejak awal
lagi anda bercadang untuk membeli tanah lot tersebut. Jangan pula setelah rasa ditipu dan terpedaya, barulah anda hendak rujuk kepada peguam. Pada ketika itu, ianya sudah terlambat.

7. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli jika mereka diperdaya dalam pembelian tanah lot?

Walaupun mereka yang merasakan diperdaya dalam urusan pembelian tanah lot ini boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjual atau pihak-pihak yang bersubahat seperti membuat laporan polis, melaporkan kepada badan pencegahan rasuah atau pihak-pihak berkuasa yang lain, mengambil tindakan perundangan terhadap penjual di mahkamah dan sebagainya, tetapi tindakan tersebut tidak mampu menutupi kerugian yang telah anda alami.

Bukan itu sahaja, dari segi perundangan, sekiranya anda terlibat dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang, undang-undang sendiri tidak akan melindungi anda dan sekiranya anda menuntut ganti rugi di mahkamah, anda juga tidak berhak untuk mendapat sebarang remedi di atas kerugian yang anda alami.

8. Adakah akta yang melindungi pembeli dalam jual beli tanah lot?

Setakat ini tiada satu akta khusus berkaitan dengan jual beli tanah lot. Pun begitu, disana terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang sekiranya dipatuhi sepenuhnya, pastinya ia dapat mengelakkan daripada
terjerumus dan terlibat dalam urusan jual beli tanah lot yang merugikan.

Misalnya peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara berkaitan urusan pecah bahagi tanah, urusan tukar syarat dan kegunaan tanah, urusan pindah milik tanah dan sebagainya.

Begitu juga peruntukan di dalam Akta Kontrak misalnya yang memperuntukkan tentang keadaan di mana sesuatu kontrak jual beli itu dianggap tidak sah (void), boleh tidak sah (voidable) dan bertentangan dengan undang-undang, dan apakah hak pembeli sekiranya sesuatu kontrak itu tidak sah dan dibatalkan atau sebagainya.

9. Berapakah kos guaman yang selalunya dikenakan untuk transaksi jual beli tanah lot?

Kos guaman urusan jual beli tanah lot ini sebenarnya sama dengan kos guaman urusan jual beli hartanah yang lain.

Dimana terdapat skala tertentu yang telah ditetapkan di dalam Perintah Pendapatan Peguam (Solicitors Remuneration Order) di bawah Akta Profesion Guaman. Ianya mengikut harga jual beli atau nilaian sesuatu tanah lot tersebut (yang mana lebih tinggi).

Untuk pengetahuan semua di Cleantech Development Sdn kami menawarkan perkhidmatan.
1.Bina rumah atas tanah sendiri
2.Penasihat Hartanah (Land/Building)
3.Pengubahsuaian dan Reka Bentuk dalaman kediaman, pejabat dan bangunan.
4. Drafting Services (House/Building).
 
[:HUBUNGI:]
017-966 9884 (Zuriana)
FACEBOOK PAGE : Click Here

Leave a comment

Translate »