Kesilapan pemandu yang kerap mengabaikan penyenggaraan kereta

Pertama : Tidak periksa tekanan angin tayar. 

Pemandu terlalu bergantung kepada pandangan mata sedangkan hakikatnya tayar kereta mereka kurang tekanan angin. Akibatnya, kereta akan mempunyai tekanan yang berat yang boleh menyebabkan pengunaan bahan bakar yang banyak.

Tekanan angin tayar juga boleh berubah disebabkan cuaca luar sama ada sejuk atau panas. Jadi, anda mesti kerap memeriksa tekanan tayar dengan cara yang betul.

Kedua :  ABAIKAN AMARAN PERIKSA ENJIN

Banyak kes mendedahkan sikap pemandu yang hanya mengabaikan tanda amaran Periksa Enjin (Check Engine) yang menyala. Alasannya, kereta masih mampu beroperasi secara normal. Tapi ingat, situasi tersebut boleh menyebabkan kereta anda berhenti beroperasi tiba-tiba.

Perlu diingati kos baik pulih menelan belanja besar dan kereta terpaksa ditinggalkan pada jangka masa yang lama. Semakin lama mengabaikannya semakin tinggi risiko kereta anda untuk rosak dan semestinya menelan perbelanjaan yang tinggi untuk membaiki.

Ketiga : MEMANDU KETIKA ENJIN OVERHEATING

Anda perlu menghentikan kenderaan secepat mungkin. Sifat enjin secara semulajadi beroperasi dalam keadaan panas dan memerlukan sistem penyejukan untuk mengelak panas melampau (overheating). Apabila sistem itu gagal anda perlu berhenti segera. Tiada penyelesaian terbaik melainkan memanggil perkhidmatan trak tunda untuk ke bengkel.

Keempat : TIDAK GUNA PENAPIS DISYORKAN

Penapis udara perlulah berada dalam keadaan yang bersih untuk membuatkan enjin bekerja pada tahap optimum. Penapis yang bersih menghalang bendasing daripada memasuki sistem bahan api, enjin dan penyaman udara. Kegagalan menukar penapis menyebabkan komponen kereta cepat rosak selain menjejaskan penggunaan bahan api.’

KELIMA : ABAIKAN PERIKSA SISTEM BENDALIR DAN PELINCIR

Ramai salah faham bahawa hanya minyak enjin yang perlu diperiksa dan ditukar. Memang betul minyak enjin paling kritikal penjagaannya, tetapi banyak lagi bendalir lain yang mesti diperiksa, ditukar dan ditambah jika perlu. Minyak brek, minyak gear, penyejuk enjin (coolant) dan minyak stereng kuasa sepatutnya diperiksa dan diservis dari masa ke semasa.

Anda tidak boleh sesuka hati menangguh menukar minyak enjin.Apabila tiba waktunya untuk menukar anda harus peka dalam hal ini. Minyak enjin juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam enjin walaupun kereta anda kurang bergerak. Tukarlah mengikut masa atau perbatuan yang disyorkan.

Untuk memeastikan enjin anda pada tahap yang terbaik. Gunalah CLEANTECH OIL. Minyak pelincir POWER yang sedang meningkat naik sekarang di seluruh Malaysia!

Ramai telah mengatakan bahawa Cleantech Oil adalah minyak enjin yang terbaik! Minyak yang memberi Idle Temperature, LESS FRICTION, OPTIMIZE POWER dan semestinya CLEAN ENGINE yang semestinya akan memberikan enjin anda more powerfull.

Untuk maklumat yang lebih detail.
Boleh hubungi team kami.
Hariez Rezal – 013 9002 292 (Kawasan Kelantan)
Hafiz – 017-966 956 (Seluruh Malaysia kecuali Kelantan)

Leave a comment