fbpx

APA ITU MINYAK “FULLY SINTETIK, SEMI SINTETIK & MINERAL”?

Minyak pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain. Lebih baik kualiti minyak pelincir,maka lebih baik perlindungan dan prestasinya. Terdiri daripada tiga jenis iaitu Fully Syntetic, Semi-syntetic dan mineral.

MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)

Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Sebagai contoh: 10w-40 W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk. 40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan suhu. Mineral = Bahan dari asas petroleum. Sintetik = Minyak buatan daripada bahan kimia. Semi sintetik = Campuran dua bahan, mineral + sintetik. Kegunaan gred, bergantung pada kegunaan kenderaan korang, usia kenderaan korang dan suhu/iklim tempat korang duduk.

SEMI-SINTETIK

Minyak pelincir jenis semi-sintetik (juga dikenali sebagai “campuran sintetik”) adalah campuran minyak mineral dan minyak sintetik, tanpa minyak sintetik lebih daripada 30%, yang direka khas untuk mempunyai banyak manfaat minyak sintetik penuh tanpa kos. Pelincir yang mempunyai saham asas sintetik lebih rendah daripada 30% tetapi dengan bahan berprestasi tinggi yang terdiri daripada ester juga boleh dianggap pelincir sintetik. Secara umum, nisbah saham asas sintetik digunakan untuk menentukan kod komoditi.

MINERAL

Mineral ataupun dikenali sebagai motor oil, boleh dikatakan sebagai ‘minyak mentah’ kerana ia ditapis daripada minyak petroleum dan tiada sebarang tambahan ‘formula’ pada minyak jenis ini. Akhir sekali, walau apapun jenis pilihan minyak untuk kegunaan kenderaan kita, pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan enjin..!

 

PENING NAK PILIH MINYAK ENJIN?? KEMONNN LA.

CLEANTECH OIL LUBRICANTS KAN ADA!!!

➡️ Minyak virgin base oil dengan teknologi GERMAN, BUKAN RECYCLE dan MINYAK TEMPATAN NI BOSKU!
.
💪💪 SAYA JAMIN SIAPA YANG TRY MINYAK NI CONFIRMMM TAKKAN TUKAR KE MINYOK LAIN DAH!
🔥 Lepas tukar confirm bila drive tu selesaaa, tenang jer! 👏👏

KAMI WI OFFER HARGA MUR2 JER BOSKU! 🔥🔥

HUBUNGI SEGERA ATAU WHATAPP KAMI SEGERA!

📞 013-9002292 (Hariez)
📲 https://wa.me/+60139002292

📞 019-9733131 (Asuad)
📲 https://wa.me/+60199733131

📞 017-9669563 (Hafiz)
📲 https://wa.me/+60179669563

Leave a comment