fbpx

Kita dah nak beraya tak lama lagi. Jadi ramai yang akan balik kampung kan??

Balik kampung kena lah check dulu kereta untuk keselamatan anda.

Buat pemeriksaan pada keadaan roda dan tayar.

Setiap tayar perlu diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk. Perkara seperti ini akan menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam. Jangan lupa untuk periksa keadaan bunga tayar. Pastikan bunga tayar anda tidak ‘haus’ ya!

Anda juga perlu melihat keadaan rim dan galas roda (wheel bearing). Jika kedua-dua perkara ini tidak berada dalam kondisi terbaik, ia akan menyebabkan komponen suspensi lain akan bergetar.

Alignment dan balancing wajib ya!

Stereng kereta selalu ‘lari’ walaupun bawa kereta di jalan yang lurus? Cuba test sekarang! Kalau ya, ini maknanya kereta anda wajib dihantar untuk buat alignment dan balancing. Lagi-lagi kalau anda ni jenis selalu ‘terlanggar’ lopak di jalan raya.

Bateri kereta pun wajib check ya!

 

Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

Pastikan lampu dan signal berfungsi!

Ramai juga yang memilih untuk memandu pulang ke kampung sewaktu malam. Katanya lebih sejuk dan keadaan lalulintas kurang sibuk. Oleh itu, menjadi perkara wajib untuk ada periksa sama ada lampu dan signal anda dalam keadaan terbaik.

Kalau kata lampu malap ke ataupun sudah tidak menyala langsung, maka haruslah ditukar ya. Bukan sahaja demi keselamatan orang lain, malah untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga tercinta juga.

Paling penting, check fluid level – SEMUA ya!

Bila sebut pasal fluid level, maknanya kena check semua minyak ya untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik untuk travel pulang ke kampung.

Antara yang perlu dititikberatkan ialah minyak brake, cecair penyejuk radiator (coolant), minyak transmisi, cecair pengelap cermin hadapan, minyak power steering dan semestinya minyak enjin.

 

 

Leave a comment