ADA macam-macam nama diberikan seperti gasoline additives, fuel treatments, fuel additives, atau gas treatments yang tujuannya cuma satu: menambah baik prestasi enjin kenderaan. Persoalannya, adakah kita memerlukan bahan aditif atau perawat bahan api untuk meningkatkan prestasi enjin kenderaan

ADA macam-macam nama diberikan seperti gasoline additives, fuel treatments, fuel additives, atau gas treatments yang tujuannya cuma satu: menambah baik prestasi enjin kenderaan. Persoalannya, adakah kita memerlukan bahan aditif atau perawat bahan api untuk meningkatkan prestasi enjin kenderaan

Bagaimanapun, jika kereta kita termasuk dalam kategori gagal disenggara dengan baik, lanjut usia, atau terabai, maka aditif bahan api kemungkinan besar dapat membantu melegakan masalah dihadapi enjin.

PILIH ADITIF BAHAN API KHAS

Jika perlu membuat keputusan, lebih baik memilih aditif bahan api berkualiti dan spesifik seperti CLEANPRO yang dihasilkan untuk menangani satu-satu masalah enjin saja. Itulah produk aditif yang patut anda cari dan beli. Misalnya:

  • Jika mahu perawat bahan api yang mampu mencegah pemisahan petrol dan kakisan enjin (terutama jika kenderaan melahu lama), pilihlah penstabil bahan api @ fuel stabilisers.
  • Jika anda mahu atau perlukan aditif yang dapat mengurangkan masalah menghidupkan enjin, cari bahan penyahsumbat penapis bahan api diesel, terutama apabila enjin sejuk. Dapatkan aditif diesel anti-gel @ anti-gel diesel additives.
  • Jika mahu perawat yang akan melindungi (atau cegah) injektor bahan api daripada melekat bersama, cari pencuci injektro @ injector cleaner.
  • Jika anda mahu aditif yang dapat meningkatkan rating oktana bahan api kenderaan dan dapat melincirkan injap, cari buster oktana @ octane boosters.

Pilihlah perawat petrol khas supaya mendapat hasil lebih efektif untuk satu-satu masalah enjin. Apa diperlukan ialah patuhi arahan diberikan dan masukkan pelincir hanya mengikut amaun disarankan. Jangan lupa periksa manual kenderaan jika rasa was-was. Seeloknya isi aditif ketika petrol diisi, dan bukan ketika tangki kosong.

Aditif dapat membersihkan enjin dengan menyingkirkan bendasing yang menyebabkan masalah penyumbatan. Ini secara tidak langsung membantu enjin kembali bekerja dengan efisien, sekali gus menambah baik proses kecekapan bahan api.Tetapi kena ingat, semua rawatan bahan api tetap bergantung kepada sebagus mana anda menyenggara enjin dengan baik dan konsisten.

Malah sebagai pemandu, anda pun pasti sudah sangat arif dengan tahap penggunaan bahan api kenderaan sendiri. Anda juga tahu bagaimana mahu menjimatkan minyak dan apakah yang menyebabkan kereta anda jadi ‘kuat makan minyak’. Semua pengetahuan itu sebenarnya lebih penting dan berguna daripada iklan produk-produk aditif yang membuatkan anda selalu terpesona dan terpukau.

Dipetik dan diubahsuai dari : Pandulaju.com.my

Leave a comment