fbpx

Rahsia Campur Kerisik Dalam Masakan.

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu. Orang dulu2 makcik2 selalu campur kerisik dalam masakan. Sekarang pon masih ada. Kenapa ya? Jadi macam mana eh masakan?

Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal.

Tujuannya adalah untuk menyedapkan lagi masakan tersebut, memekatkan kuah reta memberikan rasa leak dan harum kelapa pada masakan. Selain itu, penggunaan kerisik dalam masakan juga akan menghasilkan hidangan yang tahan lama serta lambat basi. Patutulah hidangan yang dimasak oleh orang tuan dahulu mempunyai rasa yang sangat sedap dan tahan lama.

Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat mnggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya seperti KERISIK AMIINA dari CT FOOD INDUSTRIES. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang ready made kerana khuatir ia aladalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau perlik serta kurang enak.

 

Sekian saja perkongsian Admin. Jangan lupa share yer sahabat.

Dipetik dan diubahsuai dari : Rasa.my

Leave a comment