fbpx

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua,

Harini, admin nak share sikit tentang khasiat yang ada pada minyak kelapa dara. Mungkin ada yang dah tahu  dan mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang khasiat minyak kelapa dara ni. Sebagai mana kita tahu banyak jenis2 minyak yang memberi banyak manfaat kepada kita yang berfungsi sebagai penawar bagi menyembuhkan penyakit dan menyihatkan tubuh badan.

Dipetik dan diubahsuai dari page ammani.com yang menceritakan 25 khasiat yang ada pada minyak kelapa dara ni. Minyak kelapa dara digelar superfood berikutan manfaat & khasiat yang sememangnya cukup banyak, ianya bukan sahaja digunakan dalam masakan malah juga untuk kesihatan dan kecantikan. Penggunaan minyak kelapa dara atau VCO (‘Virgin Coconut Oil’) untuk kesihatan, kecantikan dan awet muda sudah diamalkan sejak berkurun lamanya di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka, Brunei, Filipina dan negara timur tengah.

Populariti minyak kelapa dara semakin meningkat kerana keberkesanannya yang terbukti secara klinikal. Ramai orang yang telah mencuba kerana terbukti minyak kelapa dara boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Ia mudah dihadam dan cepat bertukar kepada tenaga.

ANTARA KHASIAT ATAU KELEBIHAN YANG ADA PADA MINYAK KELAPA DARA, (DIPETIK DARI FACEBOOK BIO-ASLI)

  • Mematikan berbagai virus yang menyebabkan influenza, hepatitis C, cacar air dan penyakit-penyakit lainnya.
  • Mematikan berbagai bakteri penyebab sakit telinga, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, dan masih sangat banyak lainnya
  • Melumpuhkan dan mematikan cacing pita, lice, giardia dan parasit lainnya.
  • Menyediakan sumber nutrisi dan energi cepat.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asam amino yang larut dalam lemak.
  • Meredakan stres pada pankreas dan sistem-sistem enzim tubuh.
  • Membantu meredakan gejala-gejala dan mengurangi resiko kesehatan yang dihubungkan dengan diabetes.
  • Baik buat jantung; tidak meningkatkan colestrol darah.
  • Membantu mencegah sakit jantung dan stroke.
  • Membantu mencegah tekanan darah tinggi.
  • Membantu mencegah sakit periodental dan kerusakan gigi.
  • Berfungsi sebagai antioksidan pelindung.
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan penuaan dini dan penyakit degeneratif.
  • Memperbaiki pendayagunaan asam lemak essensial dan melindunginya dari oksidasi.
  • Meredakan gejala kelelahan kronis.
  • Meredakan gejala benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostat).
  • Mengurangi tekanan epileptis.
  • Melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
  • Membantu mencegah sakit liver.
  • Kandungan kalori lebih rendah dari lemak lain.

Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang Minyak Kelapa Dara merupakan minyak yang paling baik berbanding pelbagai minyak lain. 

  • Membunuh virus penyebab selsema, demam campak
  • Membunuh bakteria penyebab ulser, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan kaviti.
  • Membantu merangsang system imunisasi bagi melawan sel kanser
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Menggalakkan pertumbuhan sel baru
  • Mengurangkan demam, batuk dan selsema dan ulser perut
  • Mengurangkan resdung dan psoriasis
  • Menghapus dan menghindarkan kelemumur
  • Mengurangkan buasir dan sembelit,mengawal peyakit kencing manis
  • Mengurangkan hepatitis C, lelah dan asma
  • Mengurangkan kolestrol, menghindarkan sakit jantung dan darah tinggi
  • Melembut, melembabkan,mengurangkan kedutan dan melindungi kulit dari sinaran UV

APA KATA PAKAR TENTANG KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)

“Belum pernah dalam sejarah manusia begitu penting untuk menekankan nilai minyak laurik. Minyak Kelapa Dara (VCO) mengandungi medium chain triglycerides (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT mempunyai kesan nutrient yang sama dengan air susu ibu.”
– Jon J. Kabara, Ph.D. Professor Emeritus, Michigan State University.

“Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran pemakanan kecuali Minyak Kelapa Dara (VCO) yang digunakan sungguh menakjubkan.”
– Dr. Bruce Fife, pengarang buku baru, Eat Fat, Look Thin : A safe and natural way to Lose weight permanently

“Kira-kira 50% dari asid lemak dalam lemak kelapa dara adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monogliserid berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoal yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lamblia. Beberapa kajian juga telah menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas. Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.”
– Dr. Mary Enig, University Maryland USA

“Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda.”
– Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, BBS Bcs (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

“Malah, manfaat daripada minyak kelapa dara mentah itu mampu menyokong fungsi tiroid, selain membantu mengekalkan dan mengawal berat badan ideal.”
– PROF Dr Mohamad Roji Samidi

Leave a comment