fbpx

Sabut Kelapa merupakan produk satu sampingan dalam mengopek kulit kelapa untuk di proses dijadikan santan atau kopra. Sabut Kelapa kini menjadi bahan utama dalam pembuatan kusyen kereta (Tak percaya cuba buka kerusi Proton anda dan apa yang ada dibawah tempat duduk….Sabut Kelapa). Bahan ini juga digunakan sebagai alas untuk membuat tilam (sebelum popularnya tilam getah) dan juga di jadikan papan (dipress sehingga keras). Paling terkini sabut kelapa telah dikisar halus dijadikan media tanaman yang dipanggil sebagai ‘COCOAPEAT (Klik artikel cocopeat – Klik disini)’. Bahan ini menjadi bahan penting dalam industri nurseri, semaian anak benih dan media untuk sistem penanaman fertigasi yang cekap. Kini terdapat pula cocoapeat yang telah diperkayakan dengan nutrien makanan tumbuhan (enriches cocoapeat) yangsesuai untuk media penanaman semaian anak benih. Harga cocopeat tempatan sekitar RM 8.00 – RM 12.00 satu liter berbanding dengan cocopeat impot yang jauh lebih mahal.

COCOPEAT atau Habuk Kelapa adalah satu produk yang dihasilkan daripada sabut kelapa (Cocos nucifera) yang diproses untuk pelbagai kegunaan dalam sektor pertanian. Nama ‘Cocopeat’ di ambil daripada perkataan ‘cocoa’ iaitu warna dan tekstur habuk seakan-akan serbuk koko iaitu berwarna coklat dan ‘Peat’ atau bermaksud gambut dimana sifat-sifat produk tersebut seperti tanah gambut. Teknologi pertanian masa kini banyak menggunakan produk cocopeat walau pun produk ini telah lama berada di pasaran dunia iaitu salah satu daripada produk industri hiliran tanaman kelapa.

 

Memproses sabut kelapa kepada cocopeat melalui pelbagai peringkat. Sabut kelapa yang di kumpul akan dibersihkan dahulu dengan membasuh sehingga bersih. Proses membasuh dijalankan selepas 6 minggu sabut kelapa disimpan dalam setor penyimpanan. Selepas di basuh sabut kelapa akan di keringkan diatas tempat pengering atau mesin pengering. Sabut ini akan di masukkan dalam mesin penghancur sehingga sebuk atau cocopeat terhasil dan di masukkan dalam beg untuk tujuan penyimpanan dan di hantar ke pasaran. Kawalan kualiti di buat disetiap peringkat untuk mempastikan cocopeat yang dihasilkan mengikut piawaian seperti saiz, kandungan serabut, warna, kehalusan tekstur dan elakkan daripada kontaminasi atau serangan kulat atau banah tercemar.

Kajian secara teknikal mendapati cocopeat adalah produk yang bersifat penyerap air (water absorbant) yang mampu menyimpan air didalamnya termasuk air yang mengandungi baja tanaman dalam sistem fertigasi. Laporan menujukkan cocopeat mempunyai pH antara pH5.6 – pH 6.5 iaitu sangat sesuai untuk pertumbuhan akar tanaman. Kunduktiviti eletrik lingkungan 250-500 micro S/cm serta 60-70% kandungan Lignin didalamnya (w/w dry basis %). Keporosan udara cocopeat adalah 10-12% (unit v/v%) iaitu kandungan udara sangat baik untuk pengakaran. Keupayaan Pertukaran Kation (CEC) pula adalah pada paras 60-130 m.eq/100 gram. Paling baik tentang cocopeat adalah Keupayaan Pegangan Air sebanyak 7-8 kali ganda daripada berat kering. Wow! sangat sesuai untuk digunakan sebagai media tanaman. Sebagai bonus pula , cocopeat mengandungi sebanyak 94-98 % bahan organik daripada jumlah berat kering (w/w dry weight %). Melihat dari ciri diatas tidak dapat dinafikan produk ini sangat berguna dalam aktiviti hortikultur dan pertanian terutamanya untuk tanaman makanan.

Memproses sabut kelapa kepada cocopeat melalui pelbagai peringkat. Sabut kelapa yang di kumpul akan dibersihkan dahulu dengan membasuh sehingga bersih. Proses membasuh dijalankan selepas 6 minggu sabut kelapa disimpan dalam setor penyimpanan. Selepas di basuh sabut kelapa akan di keringkan diatas tempat pengering atau mesin pengering. Sabut ini akan di masukkan dalam mesin penghancur sehingga sebuk atau cocopeat terhasil dan di masukkan dalam beg untuk tujuan penyimpanan dan di hantar ke pasaran. Kawalan kualiti di buat disetiap peringkat untuk mempastikan cocopeat yang dihasilkan mengikut piawaian seperti saiz, kandungan serabut, warna, kehalusan tekstur dan elakkan daripada kontaminasi atau serangan kulat atau banah tercemar.

Kredit kepada : “Anim Agro Technology”

Leave a comment