Di Negara kita,ada dua cara sisa dikeluarkan dari bangunan,iaitu :

1. Perparitan atau kumbahan umum (public sewer) yang sedang diselenggarakan oleh bahan swasta (Indah Water Konsortium ) di sekitae Lembah Kelang.Air sisa yang keluar dari bangunan dialirkan ke dalam kumbahan umum melalui satu prosess penyulingan.Bayaran dikenakan oleh IWK mengikut kadar yang ditetapkan.Kerosakan paip kumbahan utama dan penyelenggaraan paip bagaimanapun dibiayai bahan berkenaan.


2. Kumbahan persendirian,di samping mempunyai paip saluran,juga mengandungi tangki septik (septic tank) atau penakung najis (cess pool ).Semua paip saluran dan kedudukan tangki septik berada di dalam kawasan bangunan.Keseluruhan penyelenggaraan dan pembaikan dibiayai pemilik atau penyewa .
Sistem kumbahan adalah satu system yang tidak dilihat jelas kerana tertanam dalam tanah atau disorokkan, walaupun kedudukannya terletak di permukaan dinding rumah.Oleh itu,ia mudah dilupai sehinggalah saluran tersumbat,menyebabkan system tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan bau busuk.Jarang juga sekali kedudukan paip ini sama dengan lukisan asal pelan kumbahan,sebaliknya besar kemungkinan ia diubah oleh sebab tertentu.


Pastikan system kumbahan berada dalam keadaan baik , tiada keretakan/pecah,tidak tersumbat (biasanya oleh lelemak dari sisa sink dapur dan benda pejal, termasuk tuala wanita).
Pemeriksaan system ini tidaklah semudah difikirkan.Fikir-fikir lagi di rumah /bangunan lama,lorong (manholes)yang sudah ditutupi tanah,perubahan dan tambahan yang dilakukan pada lantai bangunan, penutup berkarat serta hilang bahagian pemegang dan keadaan penutup sebati dengan rangka.Ini menyebabkan proses untuk membukanya menjadi rumit.
Penutup lorong hendaklah dibuka untuk mengetahui keadaan dalaman keseluruhan sistem saluran.Kerosakan atau kehilangan penyekat paip saluran akan menyebabkan tikus,lipas atau binatang berbisa dari paip kumbahan utama memasuki rumah melalui saluran berkenaan.

Ujian untuk mengetahui sama ada sistem paip kumbahan rosak atau tidak boleh dilakukan dengan tiga cara,iaitu :

1. Ujian tekanan air –selamat dilakukan kepada sistem saluran baru,tetapi tidak kepada sistem saluran lama kerana tekanan akan menyebabkan paip retak dan pecah.
2. Ujian asap – berkesan kepada paip yang cetek.
3. Ujian tekanan udara – Salurang kumbahan yang tersumbat pula boleh dibersihkan melalui lorong dengan cara berikut :
 Menjolok menggunakan rod tukang paip atau rotan.
 Tekanan pancutan air.
 Memasukkan ubat karbid ke dalam saluran paip kumbahan dan rekreasi.Air dan ubat berkenaan akan menghancurkan lemak serta sisa organic.
 Mencurahkan bahan cecair kimia.
Paip saluran yang rosak /pecah di dalam tanah mesti diperbaiki segera.Jika tidak,air yang keluar akan menghakis tanah di persekitarannya dan menyebabkan pemendapan struktur lapisan lantai.

Berikut senarai 18 kecacatan sistem kumbahan :

1. Saluran paip pecah/retak disebabkan umur,akar pokok yang menjalar,bebanan berlebihan daripada lori,kereta dan sebagainya.
2. Dinding lorong retak dan pecah.
3. Saluran paip tersumbat
4. Penyambungan antara paip saluran, pecah /retak dan terhakis
5. Gegeluk (gully) pecah/retak menyebabkan air busuk menyerap keluar.
6. Kecerunan paip tidak betul
7. Tidak disediakan tempat masuk (access) di kawasan berlakunya penukaran aliran atau kecerunan.
8. Kehausan lapisan cat pada penutup lorong (manholes)
9. Gas dan udara busuk keluar melalui celah penutup lorong keran lapisan gres tertanggal atau tiada.
10. Jarak antara lorong melebihi 1800 meter,jadi sukar untuk membersihkannya jika tersumbat.
11. Dua bahan paip yang digunakan untuk saluran,misalnya besi dan tanah liat mempunyai ukuran garis pusat tidak sama dan masalah untuk mendapatkan satu penyambungan yang tepat (tight).
12. Tidak ada penutup (wire balloon) pada paip liang udara.
13. Kecacatan penyambungan di antara mangkuk tandas (W.C) dengan cabang paip.
14. Tidak ada gegeluk (gully)
15. Rangka penutup lorong berkarat.
16. Kedudukan tangki septik jauh ke dalam dan tidak dapat dicapai paip penyedut Majlis Tempatan
17. Tidak ada jalan masuk yang disediakan pada tangki septik
18. Lorong dan penutupnya ditutupi lantai garaj (kerja penambahan rumah) dan tanah serta rumput-rampai)

Sekiranya menggunakan sistem kumbahan persendirian berupa tangki septik atau penakung najis (cess pool), pastikan ia tidak bocor dan muatannya sudah penuh.Kalau tidak,air kotor akan keluar di persekitaran dan menghasilkan bau busuk,bahkan kadangkala ia memasuki saliran air bersih dan telaga berhampiran.
Selepas mengetahui sedikit sebanyak kecacatan sistem kumbahan,secara umum anda perlulah memastikan :
1. Sistem kumbahan dapat mengalirkan sisa air,keluar ke dalam tangki septik atau pengumbah utama tanpa halangan.
2. Sekiranya ada halangan,ia mudah dibersihkan
3. Keseluruhan sistem,sama ada tertanam dalam tanah atau di luar permukaan dinding , hendaklah tidak bocor (airtight) dan tidak mengeluarkan bau busuk serta memudaratkan kesihatan.

Kesimpulannya,kerosakan yang berlaku dalam sistem kumbahan,sama ada berpunca daripada bebanan berlebihan dari atas,tekanan akar pokok atau sudah lusuh,ia memerlukan pembaikan segera.Sekiranya masalah lama terus berlaku,satu sistem saluran kumbahan,lorong atau tangki septik yang baru perlu dipasang.

Leave a comment

Translate »